JKKKK Bukit Changgang
Tuesday, 19 July 2011
Monday, 18 July 2011
Maklumat Am
Kampung Bukit Changgang merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak dalam Daerah Kuala Langat, Selangor di bawah Mukim Tanjung Dua Belas Dua. Lokasi kampung ini terletak 15km dari pekan Banting, 7.5km dari pekan Dengkil dan 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majoriti penduduk di Kampung Bukit Changgang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selain kaum Melayu, terdapat juga kaum India dan kaum orang Asli yang menetap di kampung ini. Dengan adanya komuniti yang terdiri daripada berbilang kaum, maka ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain.
MAKLUMAT KAMPUNG BUKIT CHANGGANG
Keluasan: 8km persegi
Jumlah penduduk: 5,634 orang.
Jumlah rumah: 1,128 buah rumah.
Bil | Pekerjaan | Peratus (%) |
1. | Pertanian | 60% |
2. | Bekerja dengan Kerajaan | 10% |
3. | Bekerja dengan Swasta | 14% |
4. | Bekerja sendiri | 15% |
5. | Pesara | 1% |
Populasi mengikut peratusan pekerjaan
Antara kampung sekitar Kampung Bukit Changgang, di bawah Mukim Tanjung Dua Belas Dua ialah:
- Kampung Olak Lempit
- Kampung Labuhan Dagang
- Kampung Rancangan Tanah Belia
- Kampung Boundry
Selain itu, terdapat 7 taman perumahan yang didirikan di dalam Kampung Bukit Changgang iaitu:
- Taman Changgang Jaya
- Taman Seri Dagang
- Taman D'Menara
- Taman Langat Murni
- Taman Seri Changgang III
- Taman Seri Maju
Sejarah Kampung Bukit Changgang
Papan Tanda Sempadan Bukit Changgang |
Pada tahun 1922, kampung ini telah diterokai oleh orang Asli yang diketuai oleh Pak Lepan yang berpindah-pindah di Bukit Changgang, Bukit Tadum dan Bukit Boi. Nama Bukit Changgang berasal dari nama pokok buah chenggang yang banyak di atas bukit, maka orang Asli menamakannya Bukit Chenggang, dan kemudiannya ditukar kepada nama Bukit Changgang. Pada tahun yang sama juga, sekumpulan 6 orang yang berketurunan Jawa datang dan membuka penempatan baru membuat rumah dan menanam padi, maka dipanggil kawasan itu Kubang Beras, mereka ialah Hj Hambari, Hj Dahlan, Hj Jabir, Hj Salleh, Hj Sirat dan Bawok bersaudara kembar.
Pada tahun 1925 pula, orang Melayu dari Sumatera telah datang ke sini yang di ketuai oleh Long Lembang dan membuka penempatan baru di atas Bukit Changgang dan di simpang masuk ke Kampung Labuhan Dagang. Kemudian berlaku darurat pada tahun 1940-an, pada masa itu, orang Cina pula datang membuka penempatan baru berniaga dan membela khinzir, maka terbentuklah pekan kecil di simpang jalan masuk ke Kg Labuhan Dagang. Apabila tamat darurat, pada tahun 1945, tentera Jepun pula masuk dan membuka kem di tepi Sungai Langat yang diketuai oleh SAWAMURA, maka di panggil kawasan tersebut SAWAMURA. Pada tahun berikutnya, Komunis telah menyerang balai polis, pasar dan orang kampung. hal ini menyebabkan pihak Inggeris telah mengambil keputusan untuk memindahkan orang Cina ke Kampung baru Sg Jarom dan Kg Pendamaran di Klang. Sejarah berlaku lagi pada tahun 1972, apabila Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang telah di buka oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat yang menempatkan 200 para belia dari Daerah Kuala Langat dan mereka ini telah berkursus di Kem Dusun Tua Ulu Langat. Mereka juga telah dianugerahkan tanah seluas 6 ekar untuk tanaman Kelapa sawit dan 1/2 ekar tanah lot rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)