Monday, 18 July 2011

Maklumat Am



 Kampung Bukit Changgang merupakan sebuah kampung  tradisional  yang terletak dalam Daerah Kuala Langat, Selangor di bawah Mukim Tanjung Dua Belas Dua. Lokasi kampung ini terletak 15km dari pekan Banting, 7.5km dari pekan Dengkil dan 15 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Majoriti penduduk di Kampung Bukit Changgang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Selain kaum Melayu, terdapat juga kaum India dan kaum orang Asli yang menetap di kampung ini. Dengan adanya komuniti yang terdiri daripada berbilang kaum, maka ianya dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain.

MAKLUMAT KAMPUNG BUKIT CHANGGANG
Keluasan: 8km persegi
Jumlah penduduk: 5,634 orang.
Jumlah rumah: 1,128 buah rumah.




Populasi mengikut peratusan pekerjaan

Antara kampung sekitar Kampung Bukit Changgang, di bawah Mukim Tanjung Dua Belas Dua ialah:
  1. Kampung Olak Lempit
  2. Kampung Labuhan Dagang
  3. Kampung Rancangan Tanah Belia
  4. Kampung Boundry
Selain itu, terdapat 7 taman perumahan yang didirikan di dalam Kampung Bukit Changgang iaitu:
  1. Taman Changgang Jaya
  2. Taman Seri Dagang
  3. Taman D'Menara
  4. Taman Langat Murni
  5. Taman Seri Changgang III
  6. Taman Seri Maju

No comments:

Post a Comment